6 Seminar Yang Boleh Bantu Perniagaan Anda

Salam semua,

Berbagai-bagai seminar telah saya sertai untuk membantu saya dalam menambah ilmu untuk mengembangkan perniagaan saya.

Disini saya sertakan senarai Seminar-Seminar yang saya rasa boleh membantu anda dalam perniagaan mahupun urusan kehidupan anda.

  1. MB2000
    Seminar oleh Tuan Faisal ini sesuai untuk orang yang baru nak bermula dan tidak tahu dimana nak bermula. Saya telah pergi pada 16hb Jan 2016 lepas, memang banyak idea-idea bisness yang saya dapat.
  2. Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK)
    Seminar oleh Dr Azizan ini boleh membantu anda dari segi motivasi business. Terdapat juga seminar-seminar lain dari Dr Azizan yang bagus seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM), Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) dan Master Your Business (MYB). Mac ini saya ada di IMKK di Shah Alam, jum join saya!
  3. C4b.my
    Sebenarnya yang ni bukan seminar, dia lebih kepada belajar buat ayat-ayat iklan melalui website dan wassap/telegram. Kalau anda berminat nak belajar tulis ayat-ayat iklan yang power boleh ke laman ini >> http://c4b.my
  4. SifuFBAds
    Seminar oleh Tuan Jamal ini bagus untuk anda yang ingin belajar selok-selok membuat iklan di Facebook dengan lebih mendalam.
  5. Roketemel
    Seminar oleh Tuan Najib pula sesuai untuk mereka yang nak belajar Copywriting (tulis ayat-ayat iklan), FB Ads dan Pemasaran Emel.
  6. SifuAdwords
    Nama pun Sifu Adwords, seminar ini untuk anda yang ingin mendalami ilmu membuat iklan di Google.

Ok, saya harap senarai ini dapat menbantu anda mencari ilmu-ilmu untuk meningkatkan sales perniagaan anda.

Saya doakan anda kaya dan berjaya!
Wassalam.

Artikel Bisness Yang Bermanafaat Buat Anda (Oktober 2015)

Disini, saya ingin kongsi kan beberapa artikel yang boleh memberi manafaat kepada perniagaan anda:

Saya doakan anda kaya dan berjaya. Terima kasih. 🙂

Dapatkan Ranking Google Yang Lebih Tinggi Dengan Web Mobile Friendly

Bermula 21 April yang lepas, Google mengumumkan mereka akan meletakkan laman web dan blog yang mesra peranti mudah alih di kedudukan yang lebih tinggi di laman carian mereka.

Berita baik buat Pelanggan-pelanggan Shopstrap, Anda tidak perlu risau kerana Platform kami telah lama mesra mesra peranti mudah alih. Anda boleh semak status kedai online anda di https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/

Pastikan keputusan anda seperti dibawah:

Shopstrap Mobile friendly

Bagaimana Membuat Page di Kedai Online Anda

Terdapat modul page di control panel Kedai Online anda dimana anda boleh memberi penerangan kepada pelanggan-pelanggan berkenaan maklumat seperti “Tentang kami”, “Maklumat Penghantaran” dan sebagainya.

Cara-cara untuk membuat page adalah seperti berikut:

  1. Login ke akaun manager di Kedai Online anda
    Contoh: “http://kedaionlineanda.com/manager”
  2. Klik di Menu “Content” -> “Pages”How to Add New Page - Step 1
  3. Klik butang “Add New Page”
  4. Masukkkan maklumat Title dan ContentHow to Add New Page - Step 2
  5. Klik “Add” untuk simpan rekod
  6. Tahniah! Kini page tersebut akan keluar di menu di Kedai Online anda.
  7. Untuk edit page, klik butang pencil dibawah nama page yang telah dibuat.How to Add New Page - Edit button

Selamat mencuba!