Penting Mempunyai Web Shopping Cart @ Kedai Online

  1. Laman Web Tidak Pernah Berehat. Tahukah anda ramai yg layari Internet pada waktu petang, malam apabila kebanyakan perniagaan sudah ditutup. Sebuah laman web akan membolehkan perniagaan anda dibuka selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Mempunyai laman web seperti mempunyai seorang pekerja yang bekerja sepanjang masa – walaupun hujung minggu dan cuti !
  2. Pasaran Tanpa Batasan – Anda sudah sedia maklum, dunia Internet ialah dunia tanpa sempadan. Jumlah pengguna Internet di Malaysia sudah melebihi 18 juta orang.Bayangkan kalau anda dapat 1% atau 0.1% daripada itu pun iaitu 18,000 orang sebagai prospek pembeli pun dah cukup banyak! Wow!
  3. Jimat Kos – Tidak perlu menyewa kedai, mengupah pekerja dan sebagainya. Semuanya berjalan secara sutomatik dan online dari rumah anda
  4. Kredibility Syarikat– Contoh: Nama syarikat : Dunia Cotton Sdn Bhd dan Laman web e-commerce anda: duniacotton.com.my. Syarikat anda kelihatan BESAR & HEBAT bukan?
  5. Jimat berjam2 masa & tenaga kerja: Ruangan “soalan lazim” yang amat digemari dan diperlukan oleh pembeli dipaparkan dalam laman web anda.
  6. Tingkatkan potensi jualan: Pelanggan yang memasuki laman web jualan lebih fokus. Sebaliknya di Facebook, mereka mudah hilang fokus atas sebab tertentu seperti membaca komen-komen pembaca yang lain yang mungkin akan mempengaruhi niat mereka untuk membeli.
  7. Pengurusan stok mudah & tip top: Proses kemas kini maklumat produk, harga, gambar produk, stok dan lain-lain lebih mudah. Salah satu kekurangan menjual melalui Facebook adalah maklumat cepat “tenggelam”, dan akhirnya kita terpaksa menulis kembali di post yang baru.
  8. 80% dari masa anda adalah lah pada promosi & strategi pemasaran. Hanya 20% dari masa diperlukan utk uruskan jualan melalui laman web.